Wednesday 15 October 2014

Perbarisan Hari Sukan Sekolah 2014... SKFM Terbaik...





Sepanjang Perjalanan Program Sukan Tahunan SKFM 2014... Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat... SKFM Memang Terbaik...

Tuesday 14 October 2014

Mari Belajar Tentang Enjin Kereta

Assalamaualaikum wbt... Hari ini saya akan bercerita tentang enjin kereta he3... Sekali sekala... Kita post santai2 kerna sekarang ini pengangkutan penting dalam kehidupan... OK... Sebentar nanti saya sambung post mortem berkaitan enjin kereta INI... Maaf sambungan untuk tajuk enjin kita hari INI... 

Mari kita sama2 fahami apa itu enjin CFE 1.6L INI... Tentu rakan2 pembaca tertanya-tanya mengapa saya lebih fokuskan enjin CFE Exora Bold 1.6L ini... Buat pengetahuan pembaca ini kerana saya menggunakan kereta ini jadi lebih mudah saya menerangkan tentang kereta yang kita sendiri gunakan...

INI antara soal jawab yang saya dapatkan dari internet melalui laman web http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/01/09/soalan-jawapan-mengenai-enjin-campro-cfe-1-6l/O

Selamat membaca...

Soalan & Jawapan mengenai enjin Campro CFE 1.6L

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Proton melalui unit Powertrain & Media yang telah memenuhi permintaan saya supaya ia dapat dikongsikan & disampaikan kepada pembaca blog serta orang ramai, amnya. Ini merupakan inisiatif terbaru dari Funtasticko Design untuk memberi maklumat dengan lebih lanjut mengenai enjin terbaru dari Proton iaitu Campro CFE 1.6L. Saya telah mengajukan beberapa soalan kepada pihak Powertrain Proton & ini adalah soalan serta jawapan yang diberikan :


1.      Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.


CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE ini memberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.


 2.      Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?


Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.


3.      Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.


Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.


4.      Bagaimana cara CFE berfungsi?


CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.


Udara tambahan itu akan dibekalkan dengan bahan api yang secukupnya untuk menjana lebih banyak tenaga. Hasilnya,  enjin  1.6 liter Campro CFE mampu memberikan kuasa kuda seperti sebuah enjin 2.0 liter tanpa sistem mampatan paksaan.


Kelebihan enjin 1.6 liter Campro CFE ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 RPM. Bila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah dari enjin 2.0 liter.


5.      Apa perbezaan antara Low Pressure Turbo (lazimnya dikenali sebagai Low Inertia Turbo) dan High Pressure Turbo (atau High Inertia Turbo)?


Low Pressure Turbo atau LPT menggunakan turbin yang kecil dan mampu beroperasi dengan halaju gas ekzos yang rendah (RPM enjin rendah). Oleh kerana itu, ia menghasilkan pemampatan (boost) yang rendah.


High Pressure Turbo pula memerlukan halaju gas ekzos yang lebih tinggi kerana turbin yang lebih besar. Hasilnya, mampatan yang lebih tinggi.


Enjin CFE menggunakan LPT kerana fokus lebih kepada daya kilas yang tinggi pada RPM yang rendah (low end torque). Ini akan membantu dari segi pecutan yang lebih mantap dan penggunaan minyak yang lebih rendah.


 6.      Kenapa Proton memilih unit turbin dari Borg Warner? Apakah kelebihannya?


Pilihan dilakukan berdasarkan rekacipta, kualiti dan harga yang berpatutan.


7.      Apakah ada tambahan CVVT atau VVT pada CFE? Jika ada, apakah fungsinya?


Enjin 1.6 liter Campro CFE menggunakan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi. VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.


8.      Bagaimana untuk mendapatkan kuasa maksimum CFE dan cara untuk mendapatkan penjimatan minyak yang optimum semasa memandu?


Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.


Namun dalam keadaan di mana tenaga diperlukan, pendikit perlu ditekan rapat ke lantai supaya sistem transmisi CVT boleh menurunkan nisbahnya agar enjin beroperasi pada 5,500 RPM untuk kuasa maksimum.


9.      Adakan CFE mempunyai “turbo lag” sepertimana enjin-enjin turbo yang lain dan bagaimana Proton mengatasinya jika ada?


Penggunaan LPT membantu enjin 1.6 liter Campro CFE ini untuk beroperasi selancar enjin N/A (tanpa sistem mampatan paksaan).


10. Apakah kelebihan CFE berbanding dengan enjin VVTI, VTEC, MIVEC, DVVT dan turbo yang lain? Ini akan membantu memperbetulkan “mindset” rakyat Malaysia yang selama ini terlalu teruja dengan teknolgi Jepun ini.


Sistem VVTI, VTEC, MIVEC dan DVVT adalah sistem-sistem teknlogi injap yang membantu pernafasan enjin pada RPM rendah atau tinggi. Enjin 1.6 liter Campro CFE menggabungkan teknologi injap VVT dan sistem mampatan paksaan untuk prestasi enjin yang baik pada sebarang kelajuan enjin.


11. Adakah kos penyelenggaraan CFE tinggi jika berlaku sebarang kerosakan?


Seperti enjin lain, enjin 1.6 liter Campro CFE memerlukan penyelenggaraan seperti yang disarankan di dalam Buku Panduan Pemilik (Owner’s Manual) dan Buku Servis Berkala (Periodic Maintenance Book). Dengan penjagaan rapi, enjin CFE ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah dan kos penyelenggaran direka agar tidak begitu berbeza dengan enjin Campro biasa.


12. Apakah perancangan unit powertrain Proton pada masa depan? Adakah akan ada teknologi baru akan diperkenalkan?


PROTON mempunyai perancangan untuk memperkenalkan teknologi terbaru dan akan mengumumkannya bila tiba masa yang sesuai.


13. Berikan tips/petua untuk penjagaan enjin CFE supaya sentiasa dalam keadaan terbaik.


Seperti yang dinyatakan di dalam jawapan kepada soalan No. 11, pengguna disarankan mengikut jadual penyelenggaraan berkala yang ditetapkan


Ini antara intipati yang saya perolehi... Cumanya saya suka pada soalan no 11 kerna saya baru saja mengalami masalah enjin diharapkan masalah saya ini dapat diatasi... 


Sekian Terima Kasih...




Sunday 4 May 2014

Secebis Kisah Orang Berilmu.. by Gentarasa...

Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!
Saya masih ingat analoginya, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”
Dia menyambung, “maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat.”     
Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.
Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!
Bergaullah dengan ahli ilmu yang sebenar, kita akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan kelembutan hatinya dalam berzikir.
Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.
Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!
Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi ‘hati’ para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis… Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.
Sering kali mereka menjawab ‘wallahuaklam’ pada soalan-soalan yang diajukan. Mereka tidak berlagak seperti manusia serba tahu. Mereka boleh bertukar posisi, bertindak sebagai murid yang banyak mendengar apabila dirasakan orang yang dihadapinya lebih mengetahui. Bukan mudah menjadi ‘pendengar’ ketika selalu berperanan sebagai ‘penutur’ tetapi kerana sifat tawaduk mereka, para ulama silam sanggup kelihatan bodoh daripada terus berlagak pandai dan memandai-mandai.
Sesungguhnya, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.
Guru yang mengajar kitab kuning, yang saya ceritakan pada awal tulisan ini hanya menaiki motosikal… tetapi sungguh, saya jarang memandang wajahnya melainkan di situ ada senyuman!